Photobucket


KISAH SEORANG GADIS

Photobucket
Selamat Datang ke teratak yang tidak seberapa indahnya ini.
Inilah kisah tentang seorang anak gadis yang dilahirkan pada 02 Mac 1995 dan diberi nama Syafiqah Adilah. Beliau sedang menimba ilmu di Sekolah Menengah Fairfield Mathodist di tingkatan Satu. Beliau gemar mengarang cerpen berdasarkan kisah hidupnya. Dia adalah seorang gadis yang ceria dan peramah juga berhati mulia. Akhir kata, semoga anda dirahmatiNya selalu, Insya'Allah.

KATA PEPATAH
KENALANKU
links here:D!
KREDITS
Designer : AHJIA!
Picture : flickr
SEJARAH SILAM
Jun 2008
Julai 2008
Mac 2009
April 2009


10:35 PTG | Jumaat, 10 April 2009
Seandainya

Seandainya aku dapat mengimbas kembali masa laluku . Seandainya aku melakukan tabiat yang baik dan bukan yang buruk . Seandainya aku dapat menebus segala dosaku terhadap orang sekeliling dengan mendapatkan kembali kepercayaan mereka semula . Seandainya .. Namun , aku tahu ia agak sukar bagiku untuk melakukan sedemikian . Agak sukar bagiku untuk menelan segala kata kata orang dan sukar bagiku untuk menghadapi apa yang akan berlaku .
Aku kesal kerna membuat sesuatu yang melampau terhadap orang yang menyayangiku . Apakah yang sedang aku fikirkan pada detik itu ? Kelakuan dan tingkah laku yang amat bodoh untuk melarikan diri dari keluarga .
Oh Tuhan , berikanlah aku peluang untuk menebus segala dosaku . Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus . Ke jalan yang kau redhai .
Syafiqah Adilah.

4:52 PG | Ahad, 5 April 2009
Kesedaran

Oh , hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan dan isi hati ku ini . Setelah apa yang aku lakukan , rasa kesalnya tidak terkata . Tetapi , apakan daya , nasi telha menjadi bubur . Tidak gunanya aku menyimpan rasa kesal untuk selamanya kalau aku tidak berniat pun untuk berubah .
Aku sedar aku telah menyakiti perasaan orang sekeliling aku dan yang menyayangi ku . Betapa kejamnya aku untuk melukakan hati mereka . Tingkah laku yang aku ambil untuk melarikan diri dari masalah yang aku alami amat bodoh dan kejam . Aku sungguh keterlaluan !
Seandainya aku boleh mengimbas kembali masa yang lalu , akan ku mempertahankan tingkah laku ku yang buruk dan kejam itu . Tidak akan ku hiris hati orang sekeliling ku . Tidak akan !
Kini , aku harus redha dengan apa yang orang kata tentang aku . Segala tomahan yang dilemparkn tidak akan ku pedulikan . Kata orang tidak akan ke kisah dan ambil ke hati ku yang kecil ini . Aku berdoa agar Allah akan memberi ku semangat dan kekuatan untuk berubah dan menerima apa yang akan terjadi dan yang akan ku alami di masa hadapan .
Syafiqah Adilah.

9:04 PG | Rabu, 18 Mac 2009
Luahan Hati Yang Sepi

Rasa peritnya , pilunya dan sepinya dihati ini . Ku rasa keseorangan diri . Keluarga yang sudah lama berantakkan . Kasih sayang ibu dan ayah tidak lagi ku rasai . Setiap hari hanya tengkaran di antara mereka yang melintas . Mana pergi kebahagian keluarga ? Kesemuannya membuat hal masing masing .
Ayah gemar bermain judi . Setiap kali dia kalah dan butuh wang , dia akan minta ibu . Dan jikalau ibu tiada wang atau tidak mahu memberinya , ayah tidak akan teragak agak untuk memukul ibu dihadapan anak anak mereka sendiri . Menjerit jerit tidak tentu pasal , pulang lewat dengan keadaan mabuk dan berjudi . Ku malu dengan jiran rumahku yang tahu perangai ayah yang buruk itu . Dikutuk , dimaki hamun dan dilempar segala tomahan terhadap keluargaku . Ayah membuat kami sekeluarga malu . Adakah itu patut dilakukan dari seorang ayah ? Tidak berkerja , sedangkan duit nafkah tidak mampu dibayar .
Ibu berkerja keras untuk menjaga makan minum sekeluarga . Ku tahu isi hati ibu yang kini amat kecewa dengan perangai ayah . Aku sering melihat airmata ibu mengalir . Tangisan ibu membuat ku nangis tidak berlagu . Aku kasihan dengan nasib ibu yang harus mengorbankan diri untuk membela kami sekeluarga .
Aku sudah beberapa kali menegur sikap mereka berdua . Namun , aku dimarah dan disuruh supaya jangan masuk campur . Kata kata itu betul betul menyakitkan hatiku bagai dihiris sembilu . Tetapi , aku bersyukur mempunyai nenek yang memahami perasaanku . Namun , itu hanya sementara . Dia telah meninggalkan ku . Kini , aku kesepiaan . Bagaimanapun , aku percaya ini adalah ujian dan cobaan yang diberi dari Tuhan . Aku redha . Dugaan dari ilahi akan ku tempuh dengan rela hati . Aku berdoa agar Tuhan akan memberikan ku kekuatan dan satu hari nanti keluarga ini akan menjadi keluarga yang bahagia dan penuh kasih sayang .
Syafiqah Adilah.

7:19 PG | Selasa, 17 Mac 2009
Cyberbully

a. Tulis dalam 100 patah perkataan tentang video yang ditonton dan informasi yang dibaca .

Cyberbuli adalah mengenai seorang kanak yang dibuli di ruang cyber dengan berbagai cara . Cara caranya adalah melalui alat komunikasi seperti telefon bimbit , permainan di ruang cyber atau pencurian password . Ia boleh disampaikan dengan kata kata yang kesat yang menyakitkan hati dan membuat kanak itu sedih seperti "Saya benci kamu , semua orang benci kamu ! " ataupun " Mereka hodoh dan gemuk . Sila undi siapakan yang paling hodoh dan gemuk diantara mereka " . Dan mereka juga akan meletak gambar gambar kanak tersebut . Ada juga yang akan mengancam si mangsa dengan mengatakan " Saya akan bunuh anda . Saya tahu dimana kamu tinggal . Saya akan bunuh anda dan seluruh keluarga anda ! "
Jadi , jagalah anak anak anda . Jangan biarkan mereka menyimpan masalah mereka di cyberbuli .
[ 116 perkataan ]

b. Pernahkah kamu dibuli di ruang siber? Ceritakan pengalaman kamu ?
Tidak .

c. Nyatakan bagaimana kamu mengatasi masalah tersebut ?
Jikalau atau seandainya saya dibuli di ruang cyber , saya akan melaporkan dengan seorang dewasa . Lebih baik kalau memberitahu ibu dan bapa .

d. Bagi pendapat kamu mengapa kes buli kian meningkat dikalangan pelajar. Bagaimana kamu secara individu dapat mengatasinya atau membantu ?
Ada kanak kanak yang takut untuk luahkan masalah yang sedang dialami mereka kepada ibu bapa . Itulah sebab kes buli di ruang cyber ini meningkat . Jadi , saya harap kanak kanak yang dibuli akan meluahkan kes ini dan tidak simpan pada diri sendiri kerana semakin hari ia boleh menjadi lebih teruk daripada ini .

e. Terangkan cara-cara bagaimana sekolah, rakan dan pihak polis dapat membantu mengatasi masalah tersebut ?
Mereka akan menyelidik siapa orang di sebaliknya dan orang itu akan dihukum .
Syafiqah Adilah.

8:41 PG | Sabtu, 12 Julai 2008
KELEMBAPAN EKONOMI

1. Masalah yang timbul jika ibu atau bapa kehilangan perkerjaan agak rumit. Seseorang ketua keluarga yang kehilangan pekerjaan, harus menyelesaikan masalah kewangan dan harus fikir bagaimana mereka hendak mencari nafkah demi memberi sesuap nasi buat keluarga tersayang. Seseorang isteri pula mungkin tidak akan memahami situasi yang sedang dialami suaminya. Pertengkaran akan berlaku antara si suami dan isteri yang boleh menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Anak-anak pula tidak akan ada wang belanja yang cukup dan mungkin tidak dapat boleh meneruskan persekolahan. Mereka juga akan menghadapi tekanan emosi terhadap situasi yang sedang mereka lalui. Kesesakan kewangan kadang kala boleh menyebabkan keluarga itu untuk berhutang secara haram. Perkara ini akan lebih merumitkan masalah yang dihadapi.
Namun begitu, ada juga keluarga yang berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan wang secara jimat dan sentiasa berusaha.
Syafiqah Adilah.

8:38 PG |
PANDANGAN PENYALAH-GUNAAN BLOG

Saya setuju dengan topik ini kerana telah terdapat beberapa kes tentang penyalah-gunaan blog di negara Singapura. Antaranya adalah mengepos bahan-bahan lucah atau tentang kaum yang berbeza. Seprti yang kita ketahui, Singapura yang berbilang kaum. Komen tentang tentang perkauman mungkin akan menyebaban keselesihan faham. Seseorang itu yang diketahui bercakap buruk tentang musuhnya boleh disaman. Jadi, berhati-hatilah sewaktu igin mengepos tentang seseorang itu. Haruslah berfikir dua kali.
Syafiqah Adilah.

4:55 PG | Isnin, 30 Jun 2008
CUTI SEKOLAH JUN YANG LALU

Semasa cuti sekolah Jun yang lepas, saya telah menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan sedara saya. Saya telah menghadiri satu majlis perkahwinan dan dua majlis pertunangan.
Pada tarikh 28 May 2008, saya telah menghadiri majlis perkahwinan mempelai yang berlangsung di Singapura dan Malaysia. Pakcik say telah berkahwin bersama gadis warga Malaysia yang tinggal di daerah Pontian. Itu adalah kali pertama dalam hidup saya yang telah pergi ke majlis sedemikian.
Pada tarikh 14 Jun 2008, kakak sedara saya bernama Nur Farlyanna telah bertunang bersama jejaka kesayangannya yang bernama Mohd Fadley.
Pada 15 Jun 2008 pula, saya telah menghadiri satu lagi majlis pertunangan kakak sedara bernama Nurul Huda dan tunangnya bernama Mohd Hud.
Sekian, itu sahaja yang dapat saya kongsi bersama. Terima Kasih!
Syafiqah Adilah.